Lokasi percutian menarik di Ipoh Perak
Ipoh ialah salah satu bandar yang terdapat di Perak. Bandar ini merupakan bandar yang boleh dikatakan "underated" di Malaysia berikutan Ipoh ini kurang popular di mata pelancong mahupun bagi mereka yang mencari kerja di perantauan. Akan tetapi, tahukah anda tidak kurang juga ada yang berhijrah dari bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ke Ipoh kerana kurangnya kesesakan lalu-lintas di sini?. Ya memang betul, bandar Ipoh memang kurang sibuk berbanding bandar lain, walaubagaimanapun jika diberi masa 5 hingga 10 tahun pasti akan lebih sibuk kerana jumlah kenderaan yang semakin banyak di jalan raya (saya tak tengok statistik tapi saya perasan setiap tahun kenderaan semakin banyak). Pelancongan di Ipoh Ada beberapa tempat pelancongan di Ipoh yang sesuai dilawat oleh seisi keluarga Gunung Lang Pengunjung bebas untuk memberi makan ikan yang dibela oleh pengurusan. Pengunjung juga dapat menaiki bot dan melihat tasik dan air terjun buatan. Rata-rata pengunjung meluan...