Lokasi percutian menarik di Ipoh Perak

Ipoh ialah salah satu bandar yang terdapat di Perak. Bandar ini merupakan bandar yang boleh dikatakan "underated" di Malaysia berikutan Ipoh ini kurang popular di mata pelancong mahupun bagi mereka yang mencari kerja di perantauan. Akan tetapi, tahukah anda tidak kurang juga ada yang berhijrah dari bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ke Ipoh kerana kurangnya kesesakan lalu-lintas di sini?. Ya memang betul, bandar Ipoh memang kurang sibuk berbanding bandar lain, walaubagaimanapun jika diberi masa 5 hingga 10 tahun pasti akan lebih sibuk kerana jumlah kenderaan yang semakin banyak di jalan raya (saya tak tengok statistik tapi saya perasan setiap tahun kenderaan semakin banyak).

Pelancongan di Ipoh

Ada beberapa tempat pelancongan di Ipoh yang sesuai dilawat oleh seisi keluarga

Gunung Lang



Pengunjung bebas untuk memberi makan ikan yang dibela oleh pengurusan. Pengunjung juga dapat menaiki bot dan melihat tasik dan air terjun buatan. Rata-rata pengunjung meluangkan masa bersama keluarga sambil berpiknik di Gunung Lang

Taman D.R



Taman D.R sangat sinonim dengan Ipoh. Di situ terdapat pelbagai kemudahan untuk pengunjung beridah seisi keluarga. Di situ juga terdapat taman-taman yang sesuai untuk dibuat rakaman gambar mahupun video.

Kawasan Perkelahan Chepor



Di Chepor, terdapat sungai yang jernih yang menjadi tumpuan untuk berkelah. Pada hari cuti banyak pengunjung menghabiskan masa di sini.


Dan banyak lagi, bukan hanya di Ipoh, malah di daerah lain juga Perak bukanlah tempat yang tidak bagus untuk melancong, di Teluk Intan misalnya, ada menara condong dan Teluk Senangin yang merupakan pekan nelayan di Perak.


Yang dibawah berikut adalah advertorial:






Comments

Popular posts from this blog

Why you should buy a travel hiking bag

The Advantages of Buying Physical Gold in Malaysia